Sunday, June 28, 2009

FENOMENA SELSEMA BABI SATU BALA?

Saban hari kita diberitakan oleh pengamal media tentang peningkatan penularan influnza pendemik Selsema Babi di negara kita. Penularan penyakit yang disebabkan oleh gabungan elemen yang datang dari manusia , babi dan binatang ini makin ketara hingga menyebabkan suasana panik dirasai diseluruh dunia. Dari kacamata islam segala musibah atau bala adalah impresi daripada perbuatan manusia. Ini kerana segala yang berlaku mestilah disandarkan kepada kelaghaan manusia yang melupai penciptanya, kalau kita menyingkap sejarah pemusnahan kaum - kaum yang dinukilkan oleh oleh di dalam al-Quran sudah tentu kita tidak mudah terlatah , malah boleh mendatangkan keinsafan. Sudah tiba masanya kita kembali kepada Jalan Allah di dalam semua aspek kehidupan baik ekonomi, politik , masyarakat dan sebagainya. Sekiranya kita tidak lupa Allah , Allah semakin dekat dengan kita, dan ketahui ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KITA SEKIRA TERGOLONG DIKALANGAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERSYUKUR

Friday, June 26, 2009

Adakah Jacko Seorang Islam




"And Allah be with you Michael, always. I love you."

Itulah kata-kata yang keluar daripada salah seorang adik Raja Pop Micheal Jackson mengulas tentang kematian mengejut abangnya itu. Terdetik di benak kita adalah benar Jacko seorang Islam. Memang terdengar cerita Jacko pernah di gembar gemburkan untuk memeluk islam dan ianya pernah tersiar di dada akhbar. Michael Jackson telah memilih nama MIKAEEL sempena nama malaikat bagi menggantikan nama asalnya ketika masih kristian. Apa pun sekiranya betullah Jacko seorang muslim , saya berdoa agar saudara seislam kita ini akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu sebagai janji Allah memuliakan hambanya yang mendapat hidayah serta di ampunkan dosa-dosanya bagai seperti bayi yang baru lahir. Dan seharusnya pengkebumian Jacko dilaksanakan menurut lunas-lunas Islam.

Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui perihal hamba-hambanya.


Wallahua'lan

Monday, June 22, 2009

Pokok Yahudi

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI



Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.



Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Source from Omaq

Syukur Kepada Allah SWT






Syukur kepada Allah di atas anugerah cahaya mata kepada saya, Muhammad Amru Bin Mohd Sharulazam di lahirkan pada 25.05.2009 pada pukul 6.06 minit petang di Hospital Razif Klang. Kepada pihak hospital yang bertungkus lumus semasa menyambut kelahiran , saya ucapkan berbanyak terima kasih. Dedikasi yang ditunjukan amat profesional.

Saya berdoa kepada Ilahi agar mencurahkan rahmat kepada keluarga serta menjadikan cahaya mata kami seorang yang MUJAHID serta istiqamah di dalam menegak syariat Allah