Monday, August 17, 2009

PERGINYA SEORANG PATRIOT NASYID


Allahumaghfilahu Warhamhu Waafihi Wa'fuanhu


Salam Takziah buat keluarga Asri Rabbani yang kehilangan insan tersayang lagi tercinta. Ustaz Asri memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita , beliau seorang pencinta agung irama nasyid serta pendakwah yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu nasyid asri rabbani seperti sepohon kayu , munajat dan sebagainya. Sememangnya lagu-lagu nyayian Asri begitu menusuk kalbu, terasa insaf , naif rindu pada yang Esa , sememang terasa kerdil diri ini apabila bait-bait indah yang diungkapkan menceritakan tentang kehebatan Allah Azzawajalla.
Secara peribadi saya telah mengenali Ustaz asri semasa saya menuntut di UIA Gombak, mungkin Ustaz Asri tidak mengenali nama saya namun rupa saya mungkin beliau ingat, banyak program Universiti telah sertai Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani yang mana ada program tersebut saya bertindak sebagai AJK Program Koordinator yang bertanggungjwab mengurus persembahan. Bermula di situlah bibit perkenalan saya dengan ustaz Asri berputik, apa yang boleh dikatankan disini ialah sifat peramah Ustaz Asri yang begitu selesa bersilaturahim dengan sesiapa saja.

Kini segalanya tinggal kenangan buat kita semua, empunya diri sudah dipanggil bertemu Rabbi Jalil , namun bait-bait nasyid nyayian tetap subur di dalam kehidupan kita. Beliau sememangnya pejuang sejati seni nasyid yang mencipta ruang kepada hiburan alternatif mendidik jiwa. Beliau seorang pendaie hebat tiada tolok bandingnya. Semoga segala usaha murni Ustaz Asri semasa hayatnya menjadi bekalan amal soleh bertemu yang Esa dan ditempatkan Rohnya bersama para solihin. Beliau Patriot sebenar nasyid ,pencinta tegar syurga Akhirat.