Monday, August 17, 2009

PERGINYA SEORANG PATRIOT NASYID


Allahumaghfilahu Warhamhu Waafihi Wa'fuanhu


Salam Takziah buat keluarga Asri Rabbani yang kehilangan insan tersayang lagi tercinta. Ustaz Asri memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita , beliau seorang pencinta agung irama nasyid serta pendakwah yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu nasyid asri rabbani seperti sepohon kayu , munajat dan sebagainya. Sememangnya lagu-lagu nyayian Asri begitu menusuk kalbu, terasa insaf , naif rindu pada yang Esa , sememang terasa kerdil diri ini apabila bait-bait indah yang diungkapkan menceritakan tentang kehebatan Allah Azzawajalla.
Secara peribadi saya telah mengenali Ustaz asri semasa saya menuntut di UIA Gombak, mungkin Ustaz Asri tidak mengenali nama saya namun rupa saya mungkin beliau ingat, banyak program Universiti telah sertai Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani yang mana ada program tersebut saya bertindak sebagai AJK Program Koordinator yang bertanggungjwab mengurus persembahan. Bermula di situlah bibit perkenalan saya dengan ustaz Asri berputik, apa yang boleh dikatankan disini ialah sifat peramah Ustaz Asri yang begitu selesa bersilaturahim dengan sesiapa saja.

Kini segalanya tinggal kenangan buat kita semua, empunya diri sudah dipanggil bertemu Rabbi Jalil , namun bait-bait nasyid nyayian tetap subur di dalam kehidupan kita. Beliau sememangnya pejuang sejati seni nasyid yang mencipta ruang kepada hiburan alternatif mendidik jiwa. Beliau seorang pendaie hebat tiada tolok bandingnya. Semoga segala usaha murni Ustaz Asri semasa hayatnya menjadi bekalan amal soleh bertemu yang Esa dan ditempatkan Rohnya bersama para solihin. Beliau Patriot sebenar nasyid ,pencinta tegar syurga Akhirat.

Sunday, July 19, 2009

RENUNGLAH SECARA FIQH ISLAMI



Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela

MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!

Tidak disebut membela anjing itu haram

“Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.

“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”

Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

Beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”

Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. 6 tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting di negeri Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.


MKI telah mendirikan laman web untuk anjing Rottweiler kesayangannya,



Dipetik dari mykittun.com

Sunday, July 5, 2009

Perginya tokoh Islam tersohor Dr. Fathy Yakan, yang tidak disorot oleh sesiapapun


PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.

Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.

Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.

Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.

Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.

Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.

Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.

Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.

Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.

Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:

*The Problems of Da'wah and Du'ah,

*How to Call for Islam?

*Towards a Unified International Call for Islam

*What Does My Commitment to Islam Mean?

*Movements and Doctrines in the Balance of Islam

*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah

*Towards an Islamic Awakening of the Era

*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century

*Islam -Ideology, Movement and Rebellion

*Youth and Change

*Those Left behind on the Path of Da'wah

*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work

*Critical Issues in the Islamic Experience.

Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.

Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:

"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.

"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.

"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham. - AL FATIHAH!

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Sunday, June 28, 2009

FENOMENA SELSEMA BABI SATU BALA?

Saban hari kita diberitakan oleh pengamal media tentang peningkatan penularan influnza pendemik Selsema Babi di negara kita. Penularan penyakit yang disebabkan oleh gabungan elemen yang datang dari manusia , babi dan binatang ini makin ketara hingga menyebabkan suasana panik dirasai diseluruh dunia. Dari kacamata islam segala musibah atau bala adalah impresi daripada perbuatan manusia. Ini kerana segala yang berlaku mestilah disandarkan kepada kelaghaan manusia yang melupai penciptanya, kalau kita menyingkap sejarah pemusnahan kaum - kaum yang dinukilkan oleh oleh di dalam al-Quran sudah tentu kita tidak mudah terlatah , malah boleh mendatangkan keinsafan. Sudah tiba masanya kita kembali kepada Jalan Allah di dalam semua aspek kehidupan baik ekonomi, politik , masyarakat dan sebagainya. Sekiranya kita tidak lupa Allah , Allah semakin dekat dengan kita, dan ketahui ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KITA SEKIRA TERGOLONG DIKALANGAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERSYUKUR

Friday, June 26, 2009

Adakah Jacko Seorang Islam




"And Allah be with you Michael, always. I love you."

Itulah kata-kata yang keluar daripada salah seorang adik Raja Pop Micheal Jackson mengulas tentang kematian mengejut abangnya itu. Terdetik di benak kita adalah benar Jacko seorang Islam. Memang terdengar cerita Jacko pernah di gembar gemburkan untuk memeluk islam dan ianya pernah tersiar di dada akhbar. Michael Jackson telah memilih nama MIKAEEL sempena nama malaikat bagi menggantikan nama asalnya ketika masih kristian. Apa pun sekiranya betullah Jacko seorang muslim , saya berdoa agar saudara seislam kita ini akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu sebagai janji Allah memuliakan hambanya yang mendapat hidayah serta di ampunkan dosa-dosanya bagai seperti bayi yang baru lahir. Dan seharusnya pengkebumian Jacko dilaksanakan menurut lunas-lunas Islam.

Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui perihal hamba-hambanya.


Wallahua'lan