Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela
MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!
Tidak disebut membela anjing itu haram
“Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.
“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”
Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”
Beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”
Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. 6 tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting di negeri Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.
MKI telah mendirikan laman web untuk anjing Rottweiler kesayangannya,
Dipetik dari mykittun.com
2 comments:
salam..
mm, menarik.. org melayu lazimnya lbh utamakan adat, dan menjadikan hukum adat sbgai hukum wajib dlm khidupan..
Siapa yang mengatakan anjing itu haram memang tidak membaca Alquran yakni mesej Allah. Suruh mereka Baca surah 5 ayat 4.
Sebenarnya banyak lagi amalan korup yang di amalkan kebanyakan orang yang mengaku Islam walhal sebenarnya melakukan penyekutuan terhadap Allah tanpa menyedari langsung sebab mengabaikan Quran kerana tak yakin Quran 100% dan bukti-buktinya .
Rujuk http://submission.org
Seperti biasa kebanyakkan akan mengatakan ini Gila / sesat dsbnya sebab memang Sistem Allah dari dulu sampai sekarang majoriti manusia akan mempertikaikan apabila bukti-buktinya yang di sampaikan oleh Rasulnya pasti mendapat cemuhan dari masyarakatnya
sendiri. Contoh yang sering Allah berikan ialah Kaum Nabi Nuh, Kaum Ad, Kaum Tsamud, Kaum Nabi Lut, Kaum Midyan, Zaman Nabi Musa - Firaun dan kuncu-kuncunya, Nabi Isa dan Nabi terakhir Muhammad.
Setiap rasul-rasul ini mendapat cemuhan dari kebanyakkan kaum mereka yang tidak percaya akan bukti-bukti yang mereka bawa dari Allah dengan mengatakan mereka itu gila atau ahli magik dan sebagainya.
Post a Comment