Tuesday, November 25, 2008

YOGA DAN IMPLIKASI TERHADAP AKIDAH



Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan senaman Yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menjejaskan akidah. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil masa yang agak lama untuk meneliti kandungan senaman serta rasional pengharamannya sebelum diwartakan kepada umum. Apa itu Yoga ? Yoga adalah satu senaman klasik yang menjadi salah satu komponen di dalam agama hindu, ianya telah di amalkan sejak 3000 tahun yang lalu. Yoga mempunya beberapa peringkat pergerakan iaitu meditasi biasa serta meditasi bermentera. Senaman ini dikatakan boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, angin ahmar dan banyak lagi. Namun begitu tindakan pantas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman ini berlandakan kepada kecenderungan umat Islam melakukan amalan ini dengan tidak melihat dulu kandungannya. Amalan yoga secara sistematik dengan meniru gaya yang telah ditetapkan di dalam agama Hindu secara lansung atau tidak boleh menjejaskan akidah umat Islam, sedangkan Islam amat melarang umatnya meniru contoh perbuatan yang boleh mensyirikan Allah. Islam adalah agama teori dan praktikal, qasad kita dengan mengaku Allah Sebagai tuhan serta Nabi Muhammad sebagai rasul, namun begitu ianya tidak cukup dengan pengakuan semata-mata , ini kerana amalan fi;li dituntut untuk melengkapkan Islam itu sendiri

No comments: