Bila mana Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membuat penghakiman bagi membolehkan sorang Muallaf kembali memeluk agama asal iaitu Agama Buddha. Persoalannya bagaimana Institusi Kehakiman Syariah begitu mudah membuat penghakiman agar Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah boleh kembali memeluk agama Buddha hanya bersebab beliau sudah lama tidak mengamal ajaran Islam. Beliau juga mengaku bahawa tujuannya memeluk agama Islam adalah untuk berkahwin dengan lelaki Iran. Namun begitu setelah lelaki tersebut meninggalkanya dan kembali ke Iran, beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama lamanya .Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini. Walaupun terdapat peruntukan yang memberi kebebasan beragama, namun konsep tersebut hanya terguna pakai setelah individu berkenaan telah dewasa. Oleh yang demikian islam sendiri tidak pernah memaksa individu agama ini, TETAPI sekali memeluk Islam si penganut tidak boleh lagi keluar agama tersebut kerana Islam itu sendiri menitik beratkan integriti agamanya, ianya seolah-olah menukar baju.....adakah setahap itu anggapan Islam ini fleksibel. oleh itu marilah kita berdoa agar kesucian Islam terus terpelihara dan terjaga. Harapan saya agar Institusi Kehakiman Syariah Islam Malaysia perlu lebih peka dan pantas bertindak "prevent" agar kesucian Islam terus terpelihara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment