Tuesday, May 13, 2008

Seandainya Rasulullah Masih Hidup...........


Tanggal 12 Rabiulawwal tahun hijrah, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh meriah, mereka beramai-ramai berarak memenuhi padang dan lapangan untuk bersalawat ke atas nabi bagi menzahirkan kasih dan cinta tidak terhingga pada Insan Agung kekasih Allah. Tanda kasih tidak terhingga umat pada baginda dapat dilihat dengan sambutan besar-besaran di seantero dunia. Selain alunan selawat, mereka juga bermarhaban di dalam pelbagai versi mengikut acuan loghat bahasa masing-masing, namun mereka tetap bersatu berdasarkan kepercayaan dan ketaatan kepada ALLAH dan RASUL. Namun begitu selawat hanya sekadar alunan, marhaban pula sebagai pelengkap acara, sambutan hanya dilihat sebagai kosmetik luaran yang mencantikan pemandangan namun hakikatnya elemen hipokrit menjalar di dalam diri umat Islam. Mereka hanya pandai bermuka-muka NAMUN SEKIRANYA DIUJI DENGAN KEKUATAN MUJAHADAH MENENTANG KEMUNGKARAN mulut mereka bagaikan dizip, tangan mereka seperti dirantai, mata mereka buta serta dayus untuk membezakan diantara kemungkaran dan kebaikan. Mereka gembira dengan maksiat yang dilakukan malah terut menunjuk nunjuk kepada umum. Cuba kita menyingkap Sirah Rasulullah S.A.W, perkara asas yang telah dibina oleh baginda ialah Akhlak yang "KAMIL", ini kerana akhlak adalah salah satu cabang iman. Akhlak yang dijanakan oleh baginda berdasarkan keluhuran sejati ajaran Islam panduan Ilahi, bertitik tolak dari situlah Islam berkembangan luas kerana "Qudwatun Hasanah" Rasulullah menyebabkan golongan musyrikin tidak teragak-agak memeluk Islam dengan rela. Namun kini Akhlak Umat Islam bagaikan dibadai gelora duniawi, ianya terus runtuh dan merundum tanpa kesudahan, akhlak si Kuffar dan musyrik di jadikan ikutan, tabiat Si Syaitan di jadikan petunjuk hasilnya..... MEREKA TIDAK MALU BERSEKEDUDUKAN, MEREKA TIDAK SEGAN MEMINUM ARAK, MEREKA TIDAK MENYESAL MELAKUKAN KEMUNGKARAN. Bayangkan seandainya Rasulullah masih hidup APAKAH REAKSIN BAGINDA? DAPATKAH BAGINDA MENAHAN SEBAK MELIHAT NAFSU SERAKAH UMATNYA? SUDAH TENTU berlinanglah air mata suci seorang nabi agung yang hanya tahu menyebut "Ummati Ummati Ummati" semasa berhadapan dengan Sekaratul Maut. Sedarlah wahai sahabat..........renung-renungkan dan bermuhasabahlah

No comments: