Monday, May 12, 2008

Kecelaruan Generasi Muda Melayu


Saya termenung seketika bila melihat remaja belasan tahun terhuyung hayang meliuk lingtok bersama alunan muzik terkini di dalam sebuah rancangan realiti terbitan sebuah stesen televisyen swasta. Bila melihat kepada pentas acara, pihak penganjur menyediakan 2 ruangan kiri dan kanan "Stage" bagi menyokong peserta yang bertanding. Sesetengah daripada mereka hampir hilang kawalan tanpa segan silu melompat sambil membuat lambaian kepada peserta yang mengambil bahagian. Rata-rata mereka yang berada di ruangan itu ialah remaja belasan tahun yang sememangannya aktif dan gilakan hiburan. Mereka tidak sedikit pun berasa segan dan malu walaupun ketika itu terdapat kamera yang merakam gelagat mereka untuk tontonan penonton di rumah. Perkara ini sudah menjadi trend kepada remaja masa kini, secara lumrahnya momentum perkembangan hiburan bercorak pertandingan amat ketara sekarang. Sasaran mereka tidak lain tidak bukan untuk menarik remaja merasai kenikmatan hiburan alaf baru yang lebih fleksibel dan efektif. HASILnya remaja kita hilang daya kental diri khususnya pembetukan modal insan. Budaya hedonisme atau berhibur tanpa had telah lama menjalar di dalam masyarakat islam, mereka sudah tidak kenal agama malah lebih senang hidup tanpa kongkongan agama, kebebasan mutlak yang dicari mengakibatkan hilangnya rasa malu di dalam diri masing-masing. Betul lah kata As-Syahid Syaid Qutb negara boleh hancur akibat kelalaian muda-mudi tentang agama. Kata-kata keramat Syaid Qutb di saat hayatnya makin hampir ditali gantung semasa pemerintahan Anwar Sadat menyaksikan kebenarannya apabila dakyah barat dan yahudi telah menjadikan hiburan dan kebebasan muktak sebagai anutan di kalangan Umat Islam kini. Keterlampauan dalam mencari hiburan menyebabkan terdapat Clique-clique yang tidak sedar mereka sudah tersasar jauh dari landasan Islamiah. Bertitik tolak daripada situlah budaya Black Metal berhaluan Kanan yang memuja Syaitan (Evil) sebagai tuhan, persundalan masyarakat yang jengkel tentang agama dan seks bebas sudah sebati di dalam masyarakat islam. Kesannya runtuhlah adab dan akhlak masyarakat islam itu sendiri. oleh yang demikian perlukah kita hanya berpeluk tubuh melihat kejengkelan ini berleluasa, tentunya TIDAK, jauh dari sudut hati kita, mahu melihat generasi muda berbudi pekerti mulia, namun begitu langkah-langkah proaktif perlu dijanakan. Kerajaan khususnya perlu menghadkan kebanjiran rancangan televsyen bercorak hiburan, slot-slot yang ada perlu dipenuhi dengan rancangan berelemenkan pendidikan dan keagamaan, rancangan televisyen berbentuk realiti seharusnya dihentikan kerana jika dilihat kepada faedah kepada muda-mudi amat sedikit, selain tuntutan undian dari penonton, ianya MEMBAZIR, sebagaimana firman ALLAH "Sesungguhnya Orang Membazir merupakan kawan kepada Syaitan" surah . Seorang ulama terkenal juga pernah mengeluar fatwa " satu undi kita menyokong perkara maksiat adalah haram". Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh umat Islam , jangan kita terperangkap dengan dakyah yahudi yang terus memerangkap kita.

No comments: